PANDAN merupakan sejenis tanaman yang tumbuh di kawasan tropika di Asia. Daun pandan memiliki bau harum dan unik. Ia biasanya digunakan di negara Asia Tenggara untuk menyedapkan masakan.
Daun pandan turut dikenali juga dengan nama kathey (Arab), chan xiang Ian (mandarin), rampe (Hindi), thazai (Tamil) bai toey hom (Thai) cay com nep (Vietnam), taye (Kemboja) dan takonoki (Jepun).
Nama saintifik pandan ialah Pandanus amarylifoliuou di mana herba ini biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa.
Daunnya akan diikat atau disimpul dan dimasukkan ke dalam kuah atau makanan yang sedang dimasak. Daunnya juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya.
Di samping itu, daun pandan boleh dikisar untuk dijadikan sebagai pewarna yang digunakan dalam masakan.

Bukan itu sahaja, keseluruhan daun pandan dikatakan boleh dijadikan pembalut ayam dan daging sebelum ia dibakar atau dipanggang.
Berdasarkan kepada banyak kajian dan penyelidikan mendapati daun pandan memiliki khasiat dan kebaikan untuk kesihatan tubuh.
Merendahkan tekanan darah
Dikatakan daun pandan boleh membantu untuk menormalkan semula tekanan darah. Caranya adalah dengan merebus dua cawan air dengan 10 gram daun pandan. Minum separuh air rebusan ini pada waktu pagi dan selebihnya pada waktu petang.
Menghapuskan kelemumur
Bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur, anda boleh cuba menggunakan daun pandan bagi mengatasi masalah ini. Caranya adalah dengan menghancurkan 10 helai daun pandan dan campurkan dengan lebih kurang 100 ml air. Sapukan ramuan ini pada kulit kepala.
Biarkan selama 30 minit kemudian baru dibilas dengan air.
Selain menghapuskan kelemumur, daun pandan juga akan memberikan zat pada rambut.
Menghitamkan rambut
Jika anda mahu menghitamkan rambut, anda boleh menggunakan daun pandan. Caranya dengan memotong tujuh helai daun pandan dan rebus dengan air.
Biarkan air rebusan ini semalaman. Anda boleh menyapu air rebusan ini pada kulit kepala. Lakukan dengan kerap bagi mendapatkan kesan yang diinginkan.
Mengatasi rasa lemah
Anda boleh mengurangkan rasa lemah dengan menggunakan daun pandan. Caranya dengan memotong tiga helai daun pandan dan rebuskannya dengan cawan air.
Biarkan ia mendidih sehingga air yang tinggal itu lebih kurang dua cawan air. Sejukkan dan minum air rebusan ini pada waktu pagi dan petang.


Antireumatik dan kebas
Sakit artritis boleh memberikan kesan bukan sahaja pada orang tua malah orang muda. Jika anda mengalami masalah ini, boleh gunakan daun pandan.
Campurkan ia dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Selepas ramuan ini sejuk, sapukan pada bahagian yang mengalami masalah reumatik.
Merangsang selera
Daun pandan juga boleh digunakan bagi membantu apabila anda hilang selera makan. Rebus 10 gram daun pandan dengan tiga gelas air.
Biarkan ia mendidih sehingga menjadi satu cawan air. Bahagikan air ini pada dua bahagian dan minumlah pada waktu pagi dan malam.
Memberi zat dan merangsang kesihatan
Daun pandan mengandungi minyak pati seperti glycidudes, alkaloid, tannin dan isoprene ester yang boleh merangsang kesihatan anda.
Melegakan rasa sakit
Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan
Melegakan rasa sakit
Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ini kerana daun pandan mengandungi sifat-sifat laksatif yang boleh bertindak sebagai pelega kesakitan terutamanya sakit kepala, sakit telinga, sakit dada dan artritis.
Mengandungi sifat-sifat anti karsinogenik
Salah satu kebaikan daun pandan adalah ia bersifat antikanser. Ia dikatakan mampu untuk menawarkan kesan toksin dan menghalang perkembangan sel kanser.
Kurangkan tekanan dan kemurungan
Dikatakan meminum dua atau tiga cawan air rebusan daun pandan setiap hari akan membantu mengurangkan masalah kemurungan dan tekanan.
Legakan sakit gusi
Jika anda mengalami masalah sakit gusi atau sakit pada bahagian mulut, cubalah mengunyah daun pandan. Ia dikatakan mampu untuk melegakan masalah ini.