Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Rahsia di sebalik kemanisan madu

MADU adalah pemanis semulajadi yang tertua di dunia. Sejak zaman kuno, madu telah digunakan sebagai makanan dan juga ubat. Berkurun lamanya, madu telah dianggap suci berikutan dengan sifat-sifatnya yang manis serta jarang untuk didapati.

Biasanya madu digunakan dalam upacara keagamaan untuk dipersembahkan kepada dewa dan untuk tujuan pengawetan.

Mengikut sejarah, penggunaan madu dalam makanan hanya dikhaskan untuk orang kaya kerana ia amat mahal dan hanya orang kaya sahaja yang mampu untuk memilikinya.

Madu terdiri daripada gula seperti glukosa dan fruktosa dan mineral seperti vitamin B1, B2, C,B6, B5 dan B3.

Semua ini akan berubah mengikut kualiti madu bunga (nectar) dan debunga.

Madu turut menyokong dalam pembentukan darah.
Madu turut menyokong dalam pembentukan darah.

Selain itu, terdapat juga sejumlah kecil unsur tembaga, iodine dan zink dalam madu. Beberapa jenis hormonjuga dikatakan turut terdapat dalam madu.

Dikenali sebagai honey oleh masyarakat barat, salah satu kualiti madu adalah apabila ia dibandingkan dengan gula dalam jumlah yang sama, dikatakan madu memberikan kira-kira 40 peratus kurang kalori kepada tubuh.

Walaupun ia memberikan tenaga yang bagus kepada tubuh, madu dikatakan tidak dapat menaikkan berat badan.

Apabila anda meminum madu dan kemudiannya meminum air pada waktu yang sama, madu boleh tersebar dengan mudah ke dalam aliran darah dalam masa tujuh minit.

Molekulnya yang bebas gula dikatakan mampu menjadikan otak berfungsi dengan baik sekaligus mengurangkan kelesuan. Ini adalah kerana otak merupakan pengguna gula yang paling banyak.

Merangsang sistem imun

Kebaikan madu yang paling mengagumkan adalah apabila ia mampu untuk merangsang sistem imun tubuh. Sifat-sifat antioksidan dan antibakteria dalam madu dikatakan mampu untuk memperbaiki sistem pencernaan dan membantu diri kekal sihat dan menentang penyakit.

Kurangkan sakit perut

Madu yang dicampur dengan air dikatakan boleh membantu untuk mengurangkan sakit perut dan dehidrasi.

Adalah tidak salah untuk memulakan hari anda dengan tonik pencuci ini jika anda mahu mendapat kebaikan kesihatan madu.

Sebelum sarapan, anda boleh menambah madu dan jus lemon ke dalam cawan berisi air suam sebelum meminumnya.

Campuran air bersama dengan madu dapat membantu mengurangkan masalah sakit perut dan dehidrasi.
Campuran air bersama dengan madu dapat membantu mengurangkan masalah sakit perut dan dehidrasi.
Kandungan asid yang tinggi dalam madu membuatkan ia sesuai untuk dijadikan sebagai topeng alpha hydroxy bagi tujuan pelembapan.
Kandungan asid yang tinggi dalam madu membuatkan ia sesuai untuk dijadikan sebagai topeng alpha hydroxy bagi tujuan pelembapan.

Baik untuk kulit

Madu turut mempunyai kelebihan kepada kulit. Ia mempunyai kebolehan untuk menarik air. Anda boleh menggunakan madu sebagai topeng alpha hydroxy kerana kandungan yang tinggi dengan asidnya.

Di samping itu, madu juga dikenali selamat untuk kulit sensitif. Selain digunakan sebagai topeng untuk kulit, ia juga boleh digunakan pada rambut. Untuk menggunakannya sebagai pelembap, anda boleh mencampurkan madu dengan minyak zaitun sebelum disapu pada bahagian rambut.

Legakan sakit tekak

Jika anda mengalami sakit tekak, masalah ini mampu untuk dikurangkan dengan mengambil madu.

Sembuhkan luka

Dikatakan madu memiliki kesan antiradang semula jadi dan mampu membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat,

Ia juga turut mempunyai fitokimia yang berbeza di mana ia boleh membunuh virus, bakteria dan kulat yang menjadikan ia pengganti baik untuk mencuci luka.

Mencegah jangkitan

Madu juga merupakan antiseptik semulajadi di mana dikatakan dengan menyapu madu pada luka, anda dapat mencegah jangkitan.

Dikatakan kesan terbakar juga amat mudah disembuhkan dengan menggunakan madu.

Kelebihan madu bukan setakat mencegah jangkitan daripada berlaku tetapi ia mempercepatkan penyembuhan kulit.

Ini adalah kerana apabila gula dalam madu menyerap air ia sekaligus memerangkap kelembapan agar bakteria dan mibrob lain tidak membesar dengan mudah.

Membersihkan darah

Madu juga dikatakan menyokong pembentukan darah. Ini adalah kerana madu menyediakan bahagian penting pada tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah.

Ia juga mampu untuk membersihkan darah, mengawal dan memudahkan pengedaran darah.

Di samping ia juga berfungsi sebagai perlindungan terhadap masalah kapilari dan arteriosclerosis.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -