Rai Hari Bapa dengan hidangan istimewa

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Restoran Choices di Hotel Brunei kini menawarkan set hidangan yang disediakan khas bagi ‘My Dear Dad’s or Pop’s Day’ yang boleh didapatkan secara eksklusif hanya di restoran berkenaan pada hujung minggu ini.

Set hidangan berkenaan termasuk pembuka selera, hidangan utama dan hidangan pencuci mulut di samping minuman yang menyegarkan lagi menyelerakan.

Promosi kali ini memberikan peluang bagi anak-anak meraikan Hari Bapa bersama insan tersayang dan merasai sendiri pengalaman menjamu selera pada masa yang sungguh bermakna tersebut.

Pada promosi kali ini, Hotel Brunei turut bekerjasama bersama pengedar kenderaan tempatan bagi merasai sendiri pengalaman menguji pandu kenderaan terpilih di mana setiap bapa yang diraikan di restoran hotel berkenaan pada hari itu akan berpeluang untuk menguji pandu kenderaan MG serta pemberian potongan harga $100 apabila mereka memilih untuk membuat sebarang pembelian kenderaan tersebut yang diberikan oleh GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi dan pengimport kenderaan berjenama MG di negara ini.

Orang ramai yang berminat untuk meraikan Hari Bapa bersama insan yang tersayang adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi hotel berkenaan bagi mengelakkan kekecewaan kerana jumlah kapasiti terhad bagi pengunjung yang berada di restoran berkenaan.

Para pengunjung juga dimestikan untuk mengimbas kod QR BruHealth mereka semasa memasuki atau keluar dari premis tersebut.

Antara hidangan yang ditawarkan oleh Hotel Brunei sempena meraikan Hari Bapa nanti. – Gambar oleh Muiz Matdani