Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rai Hari Kemerdekaan Pakistan ke-75 bersama individu istimewa

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Rokiah Mahmud

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani HI(M) bersama-sama tokoh masyarakat Pakistan di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini.

    Semasa lawatan itu, Tuan Yang Terutama dan rombongan telah mengedarkan makanan ringan kepada individu berkeperluan khas dan turut menyumbangkan wang tunai.

    Lawatan itu merupakan salah satu siri aktiviti yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam bagi meraikan ulang tahun Kemerdekaan Pakistan ke-75.

    Pusat Ehsan ialah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang komited untuk menyediakan program pendidikan, pemulihan dan latihan yang berkualiti kepada individu berkeperluan khas.

    TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani menyampaikan sumbangan untuk Pusat Ehsan semasa lawatan itu.
    Antara kanak-kanak berkeperluan khas yang hadir semasa lawatan rombongan Suruhanjaya Tinggi Pakistan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...