Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Rai kepulangan kontinjen Mindanao

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Pasukan Pemantau Antarabangsa Mindanao Negara Brunei Darussalam (PPA-M NBD) ke-17 dan anggota misi Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 3/2021 (IDB VMAT 3/2021) telah pulang ke tanah air April lalu setelah berjaya menamatkan misi kerja di Mindanao, Republik Filipina.

    Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan bagi menyambut kepulangan pasukan berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, yang juga menyempurnakan penyampaian sijil-sijil dan cenderahati.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap kementerian pertahanan, timbalan pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), atase pertahanan luar negara dan pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Terdahulu, majlis menyambut kepulangan pasukan-pasukan berkenaan telah diadakan hari ini di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

    Pasukan PPA-M NBD ke-17 telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli manakala itu, misi IDB VMAT 3/2021 diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Shalleh bin Haji Ismail.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan pembukaan lencana oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi dan sesi bergambar ramai.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menyempurnakan penyampaian sijil-sijil dan cenderahati pada majlis tersebut. – Gambar serahan Kem. Pertahanan
    Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi semasa menyempurnakan acara pembukaan lencana.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -