Rai pemenang pertandingan melukis

Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar bergambar ramai bersama para pemenang Pertandingan Melukis bertemakan Gandhi-My Hero pada majlis penyampaian hadiah yang dianjurkan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, kelmarin, dengan mematuhi prosedur operasi standard COVID-19.

Pertandingan dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan untuk memperingati India@75 – Azadi Ka Amrit Mahotsav dan sempena ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi ke-152. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam