Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Rai ‘Ren Ri’ bersama warga emas

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Kelab Lions Belait

    BELAIT, 7 FEB – Kelab Lions Belait telah membuat satu lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Seria, awal hari ini, untuk meraikan hari ketujuh Tahun Baharu Cina (TBC) atau disebut sebagai ‘Ren Ri’ bagi meluangkan masa bersama warga emas di sana.

    Turut hadir bagi menyelia majlis tersebut ialah Presiden Kelab Lions Belait, Johnny Cheong; Naib Presiden pertama, Keith Wing; Bekas Presiden, Joseph Teo dan ahli kelab, Terry Thoo.

    Mereka bukan sahaja membawa makanan tengah hari yang dimasak tetapi juga meluangkan masa dalam meraikan hari istimewa yang terdapat dalam Kalender tradisional Cina.

    Mereka turut membawa sebiji kek dan Lou Sang atau Yee Sang serta memberi sampul merah kepada penghuni dan kakitangan bagi memeriahkan majlis.

    Hari ketujuh TBC yang secara tradisinya dikenali sebagai ‘Ren Ri’ merujuk kepada hari lahir orang biasa, yang berasal daripada legenda-legenda budaya Cina.

    Presiden Kelab Lions Belait memberikan sampul merah kepada salah seorang warga emas.
    Beberapa warga emas dilihat menggaul Lou Sang atau Yee Sang bersama presiden Kelab Lions Belait semasa lawatan sebagai satu bentuk amalan memohon agar umur panjang dan kemakmuran untuk warga emas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...