Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Raih ganjaran pahala menjelang Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Aktiviti gotong-royong telah diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam sempena kedatangan bulan Ramadan, baru-baru ini.

    Acara juga diselajurkan dengan majlis penyampaian sumbangan berupa keperluan makanan asasi kepada 20 buah keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal disekitar Kampung Jerudong A dan Kampung Jerudong B.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Turut hadir selaku jemputan khas ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Majlis berkenaan merupakan kegiatan tahunan yang sering dianjurkan dalam memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi dengan memperbanyakkan amalan demi mengharapkan ganjaran pahala antaranya amalan bersedekah, terutama sekali kepada mereka yang memerlukan bantuan di saat situasi negara masih lagi dilanda dan sedang berusaha untuk mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19.

    Menerusi aktiviti berkenaan antara lain dapat membantu meringankan bebanan golongan yang kurang berkemampuan, sekali gus menjaga kemaslahatan masyarakat dengan mewujudkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

    Aktiviti berkenaan dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Jerudong A, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B, Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN), Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Koperasi Serbaguna Persatuan Buhur (KSPB).

    Awang Misle menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima semasa majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...