Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Raih keberkatan Ramadan dengan qiamullail

    Oleh Yusrin Junaidi 

    Ramadan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan yang amat dinanti-nantikan seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya yang terdapat di dalamnya sehingga ia dikenali sebagai ‘penghulu segala bulan’.

    Tibanya bulan penuh keagungan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan, sekali gus meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Pencipta seperti memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, berzikir, qiamullail, bertahlil, serta bersedekah kepada yang memerlukan.

    Qiamullail  merupakan amalan khusus di bulan Ramadan yang dianjurkan untuk diamalkan setiap hari di bulan Ramadan, yang antaranya melakukan solat Sunat Tarawih, Witir, Tahajud, membaca Al-Quran, berzikir, beristagfar dan ibadah malam lainnya.

    Menurut penaung Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud ketika dihubungi berkata, qiamullail merupakan amalan beribadah yang dilakukan pada satu pertiga malam.

    Pada waktu ini merupakan masa istimewa dan turunnya rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk melaksanakan qiamullail dengan melakukan amalan sunat seperti mengerjakan solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.

    Imam Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, Awang Mohd Helmy ketika ditemui baru-baru ini.
    Di samping melakukan solat-solat sunat, kita juga digalakkan melakukan ibadat lain semasa qiamullail seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
    Qiamullail merupakan amalan khusus di bulan Ramadan yang dianjurkan untuk diamalkan setiap hari di bulan Ramadan, yang antaranya melakukan solat-solat sunat dan ibadah lainnya.
    Bulan Ramadan memiliki keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya sehingga ia dikenali sebagai ‘penghulu segala bulan’.

    Seperti mana dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan At-Tirmizi, bermaksud:

    “Sehampir-hampir masa seseorang hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu ingin menjadi orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (Riwayat At-Tirmizi)

    “Ibadah qiamullail merupakan satu amalan yang amat digalakkan dalam Islam, di mana ia boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara berjemaah.

    Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa-dosa mereka.

    Memandangkan fadilat dan kelebihan yang amat banyak setentunya kita tidak akan melepaskan begitu saja tambahan bulan Ramadan bulan rahmat di mana turunnya Al-Quran,” tambahnya.

    Imam Masjid Kampung Kapok, Haji Mohd Afdzillah berkata qiamullail adalah salah satu ibadah sunnah yang menyimpan segudang keutamaan yang tentunya bermanfaat bagi tiap-tiap orang yang mengamalkannya khususnya jika dikerjakan di bulan Ramadan.

    Mengamalkan qiamullail secara konsisten di bulan Ramadan juga memperoleh keampunan dosa-dosa yang telah lalu sepertimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang maksudnya: “Barang sesiapa yang melakukan qiamullail di bulan Ramadan kerana iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

    Menurut Imam Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, Awang Mohd Helmy bin Haji Jamil, mengatakan kelebihan qiamullail tidak disangkal lagi, yang mana antara kelebihannya adalah menghidupkan hati, mengampunkan dosa dan menaikkan darjat seseorang dan terpancar di mukanya tanda-tanda orang soleh.

    Tambah beliau, qiamullail merupakan amalan terbaik di malam hari dengan mengerjakan solat sunat seperti solat sunat Iftitah, Taubat, Tahajud, Tasbih dan Hajat memandangkan bulan Ramadan adalah bulan Al-Quran dan di dalamnya juga terdapat malam terbaik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

    Tambahnya, ganjaran pahala dari Allah SWT adalah terlalu istimewa dan semoga selaku umat Islam akan dapat terus melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan tawaduk.

    Waktu afdal melaksanakan qiamullail

    Aktiviti qiamullail di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat biasanya akan bermula sekitar jam 2 pagi sehingga 3.30 pagi dengan melakukan solat-solat sunat dan ibadah lainnya.

    Memandangkan penularan wabak COVID masih lagi ada di kalangan komuniti, aktiviti qiamullail dibenarkan dengan pengawasan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa takmir masjid.

    Qiamullail adalah lebih afdal dilewatkan sehingga mencapai satu pertiga  akhir malam.

    Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

    Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak rakaat yang mungkin mengikut kemampuan.

    Di samping melakukan solat-solat sunat, kita juga digalakkan melakukan amal ibadat lain semasa qiamullail seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...