Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Raikan penukaran nama kepada BSB

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali ke-53 bagi Tahun 2023, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah dan Doa Kesyukuran di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan membaca Surah Yasin dan Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Imam Tingkat 1, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Mohammad Hasnal bin Haji Mohammad, sementara Selawat Tafrijiyyah dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Penguasa Masjid, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap-setiausaha tetap di KHEDN; timbalan setiausaha tetap di KHEDN; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya; pegawai dan kakitangan JBBSB serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dalam kawasan Bandar Seri Begawan.

    Majlis keagamaan tersebut diadakan adalah sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dalam memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam.

    Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan disambut pada 4 Oktober setiap tahun. Bandar Brunei mula bertukar nama pada 4 Oktober 1970 dengan ditukar menjadi Bandar Seri Begawan. Pada tahun ini ia disambut untuk kali yang ke-53 tahun.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa menghadiri majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali ke-53 bagi tahun 2023. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...