Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Rain bakal gegar Kuala Lumpur

    Selepas lima tahun tidak berkunjung ke Malaysia, superstar K-Pop terkenal, Rain bakal mengubati kerinduan peminat sempena Betadia Night di Arena Axiata, Bukit Jalil, pada 27 Ogos ini.

    Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon, 40, adalah salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia. Bukan hanya dikenali sebagai penyanyi, Rain juga pelakon, penari dan pengacara pelbagai program.

    Tidak muncul berseorangan, pelakon yang mencetuskan fenomena menerusi drama Full House dan Ghost Doctor itu akan ditemani dua penyanyi tempatan, Andrew Tan dan Jess Lee.

    Andrew adalah penyanyi Mandapop yang menceburi bidang nyanyian sejak 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.

    Pada 2010, Andrew mula menjadi perhatian selepas lagu Tian Hou mendapat tempat di hati peminat di Taiwan dan seterusnya, mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

    Jess Lee pula memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai pertandingan nyanyian, One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpul markah tertinggi dan berjaya memecah rekod pada pusingan akhir. – Agensi

    Rain bakal mengubati kerinduan peminat sempena Betadia Night di Arena Axiata, Bukit Jalil, pada 27 Ogos ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...