Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Rain hampir lakukan pembedahan plastik

    Aktor, komposer dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain (gambar), sering dikaitkan dengan tindakan melakukan pembedahan plastik demi mendapatkan wajah tampan.

    Meski demikian, sejak bertahun lamanya, Rain menafikan dirinya melakukan pembedahan plastik. Dia mengaku wajah yang dimilikinya asli.

    Namun baru-baru ini Rain mendedahkan dirinya hampir melakukan pembedahan plastik kerana saranan teman baiknya, Park Jin Young.

    Rain yang kini berusia 39 tahun membuat pengakuan tersebut sewaktu muncul sebagai tetamu dalam episod terkini program Season B Season.

    Katanya, sewaktu kecil tidak banyak yang mengatakan dirinya mempunyai penampilan menarik termasuk berwajah kacak.

    “Sewaktu kecil ramai yang mengatakan saya buruk (tidak kacak),” katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

    Justeru, sewaktu awal menyertai bidang seni dan bernaung di bawah syarikat JYP Entertainment, Jin Young meyakinkan dirinya untuk melakukan pembedahan plastik.

    “Saya hampir melakukannya (pembedahan plastik). Park Jin Young menyuruh saya lakukannya,” akui Rain. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...