Raja Arab Saudi lantik menteri ekonomi, penasihat baharu

RIYADH, ARAB SAUDI, 3 MEI – Raja Arab Saudi, Salman melantik menteri ekonomi baharu dan menamakan putera sulungnya sebagai penasihat khas dalam satu siri keputusan kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

Raja melantik Faisal al-Ibrahim sebagai menteri ekonomi dan perancangan, suatu langkah yang mempromosinya dari jawatannya sebagai timbalan menteri di mana beliau telah berkhidmat sejak awal tahun 2018. Al-Ibrahim sebelumnya telah memegang jawatan dengan Aramco dan Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan, menurut laporan media negara Saudi. Menteri Kewangan Mohammed al-Jadaan telah berkhidmat sebagai pemangku menteri ekonomi sejak tahun lalu.

Dalam keputusan lain yang disiarkan di media, Raja Salman melantik Putera Sultan bin Salman sebagai penasihat khas kepada ayahndanya. Putera itu pernah menjadi ketua Lembaga Angkasa Arab Saudi. – AP