Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Raja Azura tak terfikir cari pengganti

    Lebih sedekad menggalas status sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata, pelakon dan pengacara, Raja Azura, 49, tidak pernah terfikir mencari pengganti sehingga hari ini.

    Selain selesa dan bahagia dengan kehidupan dilalui, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 49, berkata keengganan berkahwin bukanlah disebabkan dibebani pelbagai masalah berikutan keputusannya itu.

    “Pertama sekali saya nak tahu, apa tujuan sebenar bila berkahwin lagi? Adakah kerana mahu mencari kebahagiaan ataupun faktor ekonomi?

    “Bagaimana pula anak-anak? Adakah pasangan boleh terima mereka?

    “Dari segi ekonomi, Alhamdulillah saya masih mampu membesarkan anak-anak dan rezeki tidak pernah putus.

    Raja Azura berkata keengganan berkahwin bukanlah disebabkan dibebani pelbagai masalah berikutan keputusannya itu. – Agensi

    “Itu belum masuk soal ipar-duai yang kita pun tak tahu mereka suka atau tidak. Kalau kenal orang berduit, bimbang pula orang sangka kita nak tumpang harta adik beradiknya.

    “Cukuplah pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya pernah berkahwin dan mempunyai anak. Saya cukup bahagia dengan mereka dan tak perlukan teman hidup,” katanya kepada media.

    Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Pendekar ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman pada Mac 2001. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada September 2010.

    Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 20, Megat Luqman Hakim, 19, dan Puteri Mia Maizura, 17.

    Walaupun gelaran ibu tunggal atau janda itu bagaikan lesen menerima kecaman, namun, bagi Kak Engku, dia tidak mahu ambil peduli apapun tanggapan nakal orang luar terhadap statusnya itu. “Warganet nak cakap apa pun pasal saya, saya tak pernah ambil kisah. Bukan ‘level’ saya nak layan mereka.

    “Lagipun, saya tahu di mana kedudukan saya. Walaupun bergelar janda, saya masih menjaga adab, bukannya lepas laku.

    “Saya masih ada hati dan perasaan yang saya perlu dijaga. Kalau saya nak ambil peduli kata-kata warganet, anak-anak saya tak makanlah,” tegas Kak Engku yang kembali ke layar perak menerusi filem berjudul 3 Janda Melawan Dunia.

    Memegang watak sebagai Noraini, filem arahan Hyrul Anuar itu menyaksikan artis serba boleh ini bergandingan dengan pelakon seperti Khatijah Tan dan Normah Damanhuri. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...