Oleh Muiz Matdani
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan berangkat mengucapkan selamat berangkat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad berada di negara ini bagi Lawatan Negara selama dua hari.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad dan Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan melintasi Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).





Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Menteri Pengiring, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; dan Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.
Juga hadir ialah pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan pemerintah ABDB.