Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Raja Berdaulat Disyukuri Rakyat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    TUTONG, 26 JULAI – Matahari yang bersinar tinggi di langit Daerah Tutong, bagaikan mengalu-alukan dan membakarkan lagi semangat rakyat serta penduduk daerah ini untuk sama-sama berkumpul tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan usia bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dimeriahkan dengan barisan bendera kecil negara yang dikibarkan oleh murid-murid dan pelajar sekolah sepanjang jalan menuju ke kawasan Kompleks Dewan Kemasya-rakatan Tutong di mana Daerah Tutong diberikan penghormatan sebagai daerah terakhir dan penutup tirai bagi majlis ramah mesra dan junjung ziarah tahun ini.

    Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dimainkan.

    Bagi memeriahkan dan menyemarakkan sambutan sempena keberangkatan Baginda Sultan, acara diserikan dengan persembahan khas yang ceria, bertenaga dan penuh warna-warni dengan tema ‘Raja untuk Rakyat dan Rakyat untuk Raja’.

    Persembahan khas itu merupakan gabungan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta, kakitangan awam dan swasta, belia-belia AJ Dancers serta belia gabungan sekolah-sekolah menengah kerajaan seramai 276 orang.

    Kemeriahan suasana majlis ramah mesra dan junjung ziarah di daerah ini jelas terlihat di wajah setiap rakyat dan penduduk yang tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah Baginda Sultan serta kerabat diraja seterusnya mengadapkan sembah Hari Keputeraan kehadapan majlis Baginda Sultan.

    Keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli serta beramah mesra bersama rakyat merupakan suatu tradisi murni yang dapat memberi peluang keemasan bagi mereka untuk menzahirkan rasa syukur dan kasih sayang kepada pemimpin yang dikasihi serta ia merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan penduduk di daerah ini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan beramah mesra dengan rakyat semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah semasa berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan memotong kek ulang tahun hari keputeraan.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan demonstrasi seni kaligrafi Cina.
    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama peserta persembahan.
    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan beramah mesra bersama peserta-peserta persembahan khas. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong berkenan berangkat ke majlis santap selepas majlis ramah mesra.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan be-ramah mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Tutong.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung berswafoto.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan dijunjung bergambar bersama beberapa peserta persembahan.
    Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri majlis ramah mesra berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...