Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Raja berjiwa Rakyat disanjung

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BELAIT, 21 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-76.

    Daerah Belait merupakan daerah kedua menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi majlis tersebut pada tahun ini dan majlis diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.

    Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku pengerusi jawatankuasa kebangsaan sambutan tersebut.

    Persembahan khas bertemakan ‘Raja untuk Rakyat dan Rakyat untuk Raja’ dengan konsep ‘Raja Disanjung, Rakyat Menjunjung’ menyerikan majlis tersebut yang dijayakan oleh hampir 500 orang peserta. Kemuncak persembahan khas menggambarkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa bertakhta di hati dan jiwa seluruh rakyat.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama rakyat Baginda semasa bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ketika berkenan berangkat menyaksikan persembahan khas. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bagi memotong kek ulang tahun hari keputeraan semasa majlis ramah mesra bersama rakyat di Daerah Belait. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung berangkat bagi beramah mesra bersama warga Daerah Belait.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat bagi beramah mesra bersama penduduk Daerah Belait. Turut berangkat, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan Brunei LNG semasa majlis ramah mesra berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bergambar ramai.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung merakamkan gambar kenangan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan dijunjung bergambar ramai.
    Para peserta yang terlibat dalam persembahan semasa majlis ramah mesra tersebut.

    Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ramah mesra berkenaan.

    Sebelum berangkat bercemar duli bagi majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai dan beramah mesra dengan para peserta persembahan.

    Baginda Sultan kemudiannya berkenan berangkat bercemar duli bagi majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait.

    Antara yang menjunjung keberangkatan pada majlis ramah mesra itu ialah persatuan warga emas, pasukan-pasukan beruniform, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan dan swasta. Anggota Batalion ke-3 Tentera Darat Diraja Brunei di Lumut juga tidak melepaskan peluang menyembahkan ucapan selamat hari keputeraan kehadapan majlis Baginda.

    Baginda Sultan dan kerabat diraja kemudiannya berkenan berangkat ke Dewan Santap berhampiran Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait bagi majlis santap.

    Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait, Awang Mohd Shah bin Haji Taip.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...