Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Raja Charles III lawat Wales

    CARDIFF, UNITED KINGDOM, 16 SEPT – Orang ramai bersorak apabila Raja Charles III tiba di Wales hari ini ketika barisan penduduk melihat keranda mendiang bondanya mencecah beberapa batu jauhnya.

    Di Cardiff, Charles dijadual bertemu dengan Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford.

    Bantahan telah mengancam menjejas lawatannya selepas Raja Charles III mengisytiharkan puteranya William sebagai Putera Wales baharu.

    Orang ramai melaung ‘God Save the king’ ketika Charles berjabat tangan dengan orang awam selepas menghadiri acara di katedral Llandaff di Cardiff dalam lawatan terakhirnya ke empat negeri UK.

    Charles seterusnya menghadiri sesi parlimen Wales untuk menerima takziah ahli politik berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September pada usia 96 tahun.

    Dalam ucapan yang diselang seli dalam bahasa Inggeris dan Wales, baginda berjanji akan mengikut ‘contoh’ sistem monarki paling lama di Britain.

    Charles berkata William yang menghabiskan masa bertahun-tahun di Wales sebagai juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja bertempat di Anglesey membuktikan kesayangannya terhadap tempat itu.

    Sementara itu, di Cardiff, ramai penduduk telah menunggu beberapa jam sebelum lawatan Charles.

    “Sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi,” kata pelayan bar Jack Grimshaw, 27, yang datang bersama anak lelakinya. “Keluarga diraja telah wujud bertahun-tahun lamanya tetapi kami tidak mempunyai raja baharu untuk masa yang lama.”

    Namun bukan semua orang yang gembira dengan raja berperlembagaan baharu di Wales.

    Zahra Ameri, 22, berkata upacara pengebumian merupakan ‘pembaziran wang.’

    “Saya berharap Wales menjadi sebuah negara merdeka. Sudah tentunya, ia akan menjejas ekonomi kami kerana kami bergantung pada UK, tetapi saya percaya dalam kemerdekaan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...