Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Raja Ilya teruja sambut anak pertama

    Dijangka bersalin pada Julai nanti, pelakon Raja Ilya memberitahu dia mahu mencuba kaedah bersalin secara normal dan dalam air (water birth).

    Selain itu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, berkata, dia turut menyertai kelas latihan penyusuan ibu sebagai persediaan menyambut kelahiran anak pertamanya.

    “Sememangnya teruja untuk menunggu kelahiran cahaya mata kami Julai nanti. Saya telah minta untuk melakukan proses bersalin secara normal dan kaedah dalam air.

    “Bagaimanapun itu semua bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat doktor. Jika tidak ada masalah doktor akan izinkan,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi tentang persiapan, kata Ilya semuanya berjalan lancar dan dia banyak membaca tentang cara penjagaan anak damit selain mendapat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan.

    Dalam masa sama, perasaan sebenar bakal menjadi ibu benar-benar dirasakan apabila usia kandungan kini sudah enam bulan dan anak damit dalam kandungan mula aktif serta kerap menendang.

    “Persiapan menyambut kelahiran semuanya berjalan lancar. Saya banyak membaca dan buat kajian sendiri. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama, jadi semuanya tidak tahu lagi,” jelasnya.

    Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018. Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat COVID. – Agensi

    Ilya dan suaminya, Trent Garret teruja bakal menimang anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...