Raja kokain Brazil diberkas

SAO PAULO, 14 APRIL – Salah seorang penjenayah paling dikehendaki di Brazil, ketua dadah yang dituduh mengendali operasi kokain antarabangsa geng terbesar negara, diberkas semalam di Mozambique, kata pihak berkuasa.

Gilberto ‘Fuminho’ Aparecido dos Santos, ketua First Capital Command (PCC), ditahan dalam operasi antarabangsa melibatkan ejen dari Brazil, Mozambique dan Pentadbiran Penguat kuasa Dadah AS.

Dia dituduh menghantar bertan-tan kokain di seluruh dunia, kata polis persekutuan Brazil dalam satu kenyataan.

‘Tertuduh dianggap sebagai pembekal kokain terbesar’ untuk PCC, dan telah melarikan diri lebih daripada 20 tahun lamanya, katanya.

Dilahirkan di penjara Sao Paulo pada 1990, PCC dianggap geng penjenayah terkenal di Brazil, dengan kawalan yang meningkat ke atas laluan bekalan kokain dari Colombia, Peru dan Bolivia, pengeluar terbesar dunia. – AFP