Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Maghribi lantik PM baru

    RABAT, 16 Mac – Raja Maghribi bakal melantik perdana menteri baru, istana diraja mengumumkan hari ini selepas rundingan lima bulan yang tidak pernah diadakan sebelum ini berhubung membentuk kerajaan campuran, berakhir dengan kegagalan.

    “Untuk memecahkan kebuntuan pada masa ini, raja telah membuat keputusan untuk melantik seorang lagi anggota PJD (Parti Keadilan dan Pembangunan) untuk menerajui kerajaan dalam tempoh paling singkat yang boleh,” menurut kenyataan istana.

    Raja Mohammed VI menugaskan Perdana Menteri Abdelillah Benkirane membentuk kerajaan baru selepas parti Islam PJD memenangi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya pada Oktober 2016.

    Parti itu mula memegang pucuk pimpinan selepas raja melepaskan beberapa kuasa baginda yang hampir mutlak ekoran bantahan yang didorong oleh Kebangkitan Arab Spring pada tahun 2011 dengan Benkirane mengetuai kerajaan campuran sebelumnya selama lima tahun.

    Tetapi kali ini PJD gagal membentuk majoriti di sebalik rundingan serius selama lima bulan – tempoh paling panjang Maghribi tanpa kerajaan dalam sejarah terbarunya.

    Gambar fail yang diambil pada 6 Oktober 2016 menunjukkan Abdelillah Benkirane. – AP
    Gambar fail yang diambil pada 6 Oktober 2016 menunjukkan Abdelillah Benkirane. – AP

    Benkirane telah mencadangkan membina semula parti campurannya yang akan menamatkan kepimpinannya, sebuah gabungan yang terdiri dari pelbagai parti termasuklah parti Islam, liberal dan bekas komunis lain.

    Bagaimanapun dia berdepan tentangan dari Aziz Akhannouch, pemimpin parti National Rally of Independents (RNI) yang juga bekas menteri pertanian jutawan yang rapat dengan raja – dan membawa kepada perebutan kuasa yang segera membawa kepada kebuntuan politik.

    Raja ‘telah berulang kali menggesa Bekirane supaya mencepatkan pembentukan kerajaan baru’ menurut pihak Istana. Tetapi selepas pulang dari lawatan panjang ke Afrika, baginda mendapat rundingan ‘tidak berjaya’ dengan sedikit prospek memecahkan kebuntuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda