Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Raja Maghribi seru rakan beri sokongan

    RABAT, 21 OGOS – Raja Maghribi, Mohammed VI telah menyeru rakan kongsi negaranya untuk ‘menjelaskan’ kedudukan mereka ke atas wilayah Sahara Barat yang dipertikaikan, serta menawarkan sokongan tidak berbelah bahagi.

    Raja Maghribi berucap sedemikian semasa sambutan Revolusi Raja dan Rakyat iaitu cuti kebangsaan bagi meraikan perjuangan anti-penjajah negara itu.

    Rabat menguasai kebanyakan Sahara Barat, yang dilihatnya sebagai wilayahnya sendiri. Maghribi berperang selama 15 tahun dengan gerakan kemerdekaan Barisan Polisario selepas Sepanyol berundur dari bekas jajahannya pada 1975. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...