Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Raja Norway dibenar keluar hospital

OSLO, 8 OGOS – Raja Norway, Harald V yang berusia 85 tahun dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas dirawat di hospital kerana mengalami jangkitan dan ‘dalam keadaan sihat’, kata istana diraja.

Raja Harald V yang sudah memerintah selama 31 tahun, telah dimasukkan ke hospital di Oslo pada Khamis dan dirawat menggunakan ubat antibiotik.

“Raja berada dalam keadaan sihat,” kata istana dalam satu kenyataan ringkas. Harald, yang tugasnya kebanyakannya simbolik, mengalami beberapa masalah kesihatan baru-baru ini, termasuk COVID, pembedahan lutut pada 2021 dan masalah pernafasan tahun sebelumnya.

Beliau juga menjalani pembedahan pada tahun 2003 akibat kanser pundi kencing, kemudian pembedahan masalah injap jantung pada tahun 2005, injap yang digantikan dalam pembedahan lain pada tahun 2020.

Bekas atlet kapal layar Olimpik itu enggan turun takhta malah mengambil bahagian dalam Kejohanan Pelayaran Dunia pada awal Ogos. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -