Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Raja permaisuri rasmi Galeri Songket, Keringkam Sarawak

    KUCHING, 28 MAC – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis perasmian Galeri Songkat dan Keringkam di Jalan Masjid ini di sini, hari ini.

    Seri Paduka tiba di galeri berkenaan dengan diiringi oleh isteri Premier Sarawak yang juga Penaung Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

    Raja Permaisuri meluangkan masa selama satu jam di galeri berkenaan bagi melihat sendiri hasil kerja tangan serta keunikan songket dan keringkam yang dihasilkan oleh penenun tempatan.

    Pada majlis tersebut, Tunku Azizah bertitah supaya Sarawak menubuhkan sebuah institut bagi membolehkan anak-anak negeri ini mempelajari seni songket dan keringkam agar kraf itu tidak dilupakan.

    Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datuk Dr Sabariah Putit berkata Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak diterajui Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) bagi membangunkan ekosistem yang bersepadu dan lestari.

    Menurut Sabariah, projek tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat selain melindungi, memelihara dan memulihara produk warisan yang bernilai ini.

    Katanya, sejak tercetusnya idea kolaborasi Projek Songket Jabatan Penjara oleh Raja Permaisuri pada 2019, OKSHE telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk memulakan Bengkel Tenun Sarapride Penjara Puncak Borneo.

    “Baru-baru in, Memorandum Perjanjian telah ditandatangani bersama kerajaan Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia pada 26 Januari dan ia merupakan satu mercu tanda dalam usaha sama pemba-ngunan industri songket di Sarawak.

    Beliau berkata kerajaan negeri dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui Projek Warisan OKSHE Penjara Puncak Borneo kini dalam proses untuk mewujudkan bengkel tenun songket baharu di kawasan seluas 2.5 ekar yang dapat memuatkan sehingga 100 rumah tenun.

    Sarawak kini mempunyai seramai 120 penenun songket dan 246 orang lagi adalah penyulam keringkam. – Bernama

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat ruang pameran selepas merasmikan Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Masjid, Kuching, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...