Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Raja Salman dimasukkan hospital

    RIYADH, 8 MEI – Raja Arab Saudi Salman telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan, lapor media negeri semalam.

    Negara itu pada umumnya berusaha menutup spekulasi berhubung kesihatan raja berperlembagaan berusia 86 tahun itu, yang telah memerintah negara pengeksport minyak terbesar dan ekonomi terbesar dunia Arab sejak 2015.

    Baginda dirawat di Hospital Pakar Raja Faisal di bandar pantai Jeddah semalam untuk ‘menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan,’ menurut laporan rasmi, memetik kenyataan istana diraja.

    “Semoga tuhan memelihara Penjaga Dua Masjid Suci dan memberikan kesihatan dan kesejahteraan baik kepada Baginda,” kata kenyataan. – AFP

    Gambar serahan Istana Diraja Saudi menunjukkan Raja Salman menghadiri Sidang kemuncak Pemimpin G20 menerusi sidang video di istana diraja di Riyadh, Arab Saudi. Raja Salman menjalani ujian kesihatan kelmarin beberapa minggu selepas menukar bateri perentak jantungnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...