Raja Salman mahu isu Palestin diselesaikan secara adil

RIYADH, 7 SEPT – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mahukan penyelesaian yang adil dan berkekalan berhubung isu Palestin dimuktamadkan sebagai asas utama Inisiatif Damai Arab yang diusulkan negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Baginda sendiri kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam satu perbualan telefon semalam.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi, Trump dalam perbualan telefon itu, memuji kesediaan kerajaan Arab Saudi kerana membuka ruang udaranya bagi membenarkan penerbangan sulung Israel-Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Arab Saudi sebelum ini menegaskan, ia tidak akan mengikut langkah UAE, yang bulan lalu mengumumkan akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, malah tidak mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu. – Bernama