Raja Saudi adakan mesyuarat kabinet dari hospital

RIYADH, 22 JULAI – Raja Saudi, Raja Salman mempengerusi satu mesyuarat kabinet maya dari pejabat sebuah hospital lewat semalam, sehari selepas beliau dimasukkan disebabkan radang pundi hempedu, lapor agensi media Saudi.

Kabinet mengadakan mesyuarat secara maya, dipengerusikan oleh Raja Salman ‘dari pejabatnya di Hospital Pakar Raja Faisal di Riyadh,” kata SPA di Twitter.

Laporan itu diiringi oleh gambar dari ruang pejabat di hospital di mana raja mempengerusikan mesyuarat dari belakang sebuah meja besar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanyakan kesihatannya, kata SPA.

Dalam mesyuarat, kabinet membincangkan antara lain laporan perkembangan pandemik COVID-19 dan persiapan untuk ibadah haji akan datang di bandar suci Mekah.

Ibadah haji telah dikurangkan pada tahun ini disebabkan pandemik koronavirus. – AFP