Raja Saudi dimasukkan ke hospital

RIYADH, 20 JULAI – Raja Arab Saudi, Raja Salman, 84, dimasukkan ke hospital di Riyadh hari ini kerana masalah radang pundi hempedu, kata mahkamah diraja, mendorong lawatan perdana menteri Iraq ditangguhkan.

Adalah luar biasa untuk Arab Saudi melaporkan kesihatan raja berperlembagaan itu, yang telah memerintah negara pengeksport minyak dan ekonomi terbesar dunia Arab sejak 2015.

Raja ‘dimasukkan hari ini ke hospital pakar Raja Faisal di Riyadh untuk menjalani beberapa ujian perubatan disebabkan kolesistitis,’ radang pundi hempedu, kata mahkamah diraja dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency.

Pengumuman yang dibuat pada kira-kira 4:30 pagi tidak mendedahkan sebarang butir-butir lanjut.

Lawatan Perdana Menteri Iraq ke Arab Saudi, yang dijangka bermula pada hari ini, telah ditunda selepas pengumuman itu, menurut menteri luar Saudi.

“Sebagai mengiktiraf lawatan amat penting dan hasrat untuk menjayakannya, kepimpinan kami di Iraq telah memutuskan untuk menangguhkan lawatan’ sehingga raja meninggalkan hospital, tulis Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan di Twitter.

Beberapa jam sebelum Kadhemi dijangka berlepas dalam lawatan luar negara pertamanya sebagai perdana menteri, pejabatnya berkata mereka mendengar Raja Salman sedang mengalami ‘masalah kesihatan mengejut.’ – AFP

Gambar bertarikh 10 Disember 2019 menunjukkan Raja Saudi, Raja Salman mempengerusi Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-40 di Riyadh, Arab Saudi. – AP