Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Thai ketuai acara membajak padi

    BANGKOK, 12 Mei – Raja Thailand mengetuai satu majlis tahunan yang diadakan hari ini sebagai menandakan permulaan musim penanaman padi.

    Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun bersama anak perempuannya di sisinya, tatkala dua ekor lembu memajak parit di sekeliling bahagian medan diraja di hadapan Istana Besar di Bangkok dan seorang pegawai menaburkan benih padi.

    Menurut catatan sejarah Thai, Majlis Pembajakan Diraja bermula sejak sekitar 700 tahun. Sehingga kini, kejayaan musim menuai merupakan sesuatu yang penting kepada ekonomi dan budaya di negara ini. Thailand merupakan pengeluar tanaman terkemuka di dunia, dengan kira-kira 30 juta tan setahun. Ia juga merupakan pengeksport kedua terbesar di dunia beras, di belakang India. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda