Raja Tuna menang sekali lagi

TOKYO, 5 Jan – ‘Raja Tuna’ Jepun melakukannya sekali lagi – membayar lebih AS$600,000 bagi seekor ikan. Perusahaan Susyi, Kiyoshi Kimura membayar harga tinggi pada lelongan pertama tahun baru di pasar ikan Tsukiji, Tokyo hari ini, memperolehi harga bagi tuna sirip biru sekitar 74.2 juta yen (AS$636,000).

Ketua rangkaian restoran Susuhizanmai sekarang berbangga – jika sementara – pemilik kepada ikan seberat 212 kilogram (467 paun).

Pada harga tersebut bagi satu hirisan daging susyi tuna berharga AS$85, atau 25 kali ganda, AS$3.4 yang dikenakan caj Kimura bagi produk tersebut di 51 buah kedai miliknya di seluruh Jepun.

“Saya merasakan ia sedikit mahal, tetapi saya merasa gembira saya berjaya memenanginya pada lelongan tuna dengan bentuk dan saiz yang bagus,” kata Kimura.

Kimura menghasilkan kejayaan ke dalam jenama kebangsaan dengan membelanjakan sejumlah besar wang di lelongan pertama Tsukiji setiap tahun – dia sekarang menang enam tahun berturut-turut – menggunakan acara itu bagi publisiti.

Kiyoshi Kimura (tengah) bergambar bersama tuna seberat 212kg di restoran utamanya berhampiran pasar ikan Tsukiji di Tokyo pada 5 Januari. – AFP
Kiyoshi Kimura (tengah) bergambar bersama tuna seberat 212kg di restoran utamanya berhampiran pasar ikan Tsukiji di Tokyo pada 5 Januari. – AFP

Dia membayar AS$1.8 juta bagi seekor tuna sirip biru – spesies terancam – pada lelongan Tahun Baru pada 2013, yang menewaskan pembida dari Hong Kong.

Tahun lepas, dia tidak menghadapi pesaing dan membayar sebanyak AS$117,000 bagi seekor tuna seberat 200 kilogram.

Harga tersebut mungkin sangat besar, tetapi Kimura memastikan untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil beliannya itu.

Setiap tahun, keriuhan lelongan, yang diadakan dalam hanya masa beberapa jam, menjadi tumpuan negara.

Hari ini, Kimura menjadi tumpuan rangkaian-rangkaian utama Jepun, dengan memberitahu penonton, tuna itu akan dipotong dan diagih-agihkan di setiap restorannya. Lelongan pada 2017 adalah yang terakhir di Tsukiji, pasar ikan terbesar dunia. – AFP