Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Rajapaksa berada di Singapura

    SINGAPURA, 14 JULAI – Kementerian Luar Singapura (MFA) hari ini mengesahkan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa telah dibenarkan masuk ke Singapura atas kapasiti lawatan peribadi.

    “Beliau tidak meminta suaka mahupun diberikan suaka. Singapura secara amnya tidak meluluskan permintaan bagi mendapatkan suaka,” kata jurucakap MFA menjawab pertanyaan media.

    Rajapaksa dilaporkan berlepas ke Singapura dari Maldives pada petang Khamis (14 Julai), selepas melarikan diri dari Sri Lanka.

    Beliau, isterinya, Ioma dan dua pengawal peribadi mereka tiba dengan penerbangan Saudia dan mendarat di lapangan terbang Changi pada 7:17 malam, lapor sebuah media tempatan.

    Sementara itu, menurut AFP, sekumpulan warga Sri Lanka sudah pun menunggu di kawasan ketibaan lapangan terbang itu untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap Rajapaksa dan krisis ekonomi yang menjejaskan tanah air mereka.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura segera memberi amaran mengenai sebarang protes, yang mana ia adalah ditegah untuk mengadakan tunjuk perasaan di negara itu tanpa kebenaran rasmi. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...