Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Rajapaksa dijangka pulang ke Sri Lanka

    COLOMBO, 2 SEPT – Presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa dijangka pulang ke tanah air lebih tujuh minggu selepas beliau meninggalkan negara itu di tengah-tengah protes besar-besaran yang menuntut beliau meletak jawatan.

    Rajapaksa dan keluarganya didakwa bertanggungjawab atas krisis ekonomi Sri Lanka. Beliau pada masa ini tidak menghadapi sebarang waran tangkap.

    Kes rasuah terhadapnya ketika beliau menjawat jawatan setiausaha Kementerian Pertahanan telah ditarik balik apabila beliau dipilih sebagai presiden disebabkan oleh imuniti perlembagaan.

    Beberapa siasatan lain juga digantung.

    Pegawai setempat yang mengatur ketibaan Rajapaksa berkata bekas presiden itu dijangka pulang dari Thailand lewat hari ini, manakala media tempatan melaporkan beliau akan tiba di Sri Lanka esok.

    Tiada maklumat sahih mengenai jadual penerbangan Rajapaksa yang melarikan diri dari kediaman rasmi presiden pada 9 Julai apabila puluhan ribu orang menyerbu kediaman itu dan mendudukinya.

    Pada 13 Julai, Rajapaksa melarikan diri ke Maldives dengan menggunakan jet tentera, kemudian terbang ke Singapura. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...