Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Rajapaksa tinggalkan Singapura

    SINGAPURA, 11 OGOS – Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa meninggalkan Singapura hari ini, menurut pegawai imigresen negara itu, selepas pas lawatan sosialnya luput.

    Pihak Berkuasa Imigresen dan Pos Pemeriksaan (ICA) mengesahkan Rajapaksa meninggalkan Singapura pada 11 Ogos,” kata pegawai ketika menjawab pertanyaan AFP.

    Ia tidak mengatakan negara mana bakal ditujunya, namun kementerian luar Thailand dan juga sumber di Colombo mengatakan semalam bahawa dia mencari perlindungan baharu di Thailand.

    Rajapaksa melarikan diri ke Maldives pada 13 Julai, kemudian ke Singapura di mana dia mengumumkan peletakan jawatannya selepas berbulan-bulan tunjuk perasaan akibat kemelesetan ekonomi Sri Lanka.

    Kementerian Luar Thailand mengesahkan ia menerima permintaan daripada Colombo bagi lawatan pemimpin disingkirkan itu ke Thailand dan memberi jaminan bahawa dia tidak akan mencari suaka politik di sana. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...