Rajesh Vaidhya adakan konsert di Malaysia

Pemain alat muzik veena terkenal India, Rajhesh Vaidhya, akan mempamerkan sentuhan irama klasik India menerusi lagu ‘Cindai’, dendangan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu konsert pada 15 Mac ini.

Konsert yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Suara Rakyat Malaysia,itu akan berlangsung di Auditorium Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Pengasas Swara Layam House of Music and Arts merangkap penganjur konsert, Bawani Balachandran, berkata segmen khas itu merupakan sebahagian daripada konsert ‘Rajhesh Vaidhya Live in KL’ selama tiga jam.

“Klip video kira-kira seminit, 34 saat mengenai konsert itu kini ditayangkan di YouTube.

“Konsert itu akan menampilkan muzik serta alat muzik klasik India (Carnatic), yang menggabungkan alunan muzik kontemporari atau filem secara umum,” katanya kepada media. Penerima anugerah Kalaimamani dari Tamil Nadu itu juga akan mempersembahkan, lagu ‘Negaraku’.

Bawani berkata hasil jualan tiket akan disalurkan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melanjutkan pengajian dalam bidang muzik klasik India secara percuma. – Bernama

Pemuzik terkenal India, Rajhesh Vaidhya akan mengadakan konsert di Malaysia pada 15 Mac ini yang akan berlangsung di Auditorium Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. – Bernama