Rakam lagu duet

Bakat baharu, Haneesya Hanee, 19, mencabar kemampuan di arena seni suara apabila merakamkan lagu bersama sebuah kumpulan.

Lagu duet terbabit dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. Katanya, peluang dihulurkan kumpulan yang masih dirahsiakan itu dianggap sebagai ruang untuknya menggilap kebolehan dalam pelbagai cabang seni.

“Buat masa ini, saya belum dapat kongsi nama kumpulan yang terbabit dalam projek single ini. Saya mahu ia menjadi kejutan pada hari pelancarannya nanti,” katanya.

Haneesya turut memaklumkan, kerja rakaman dan penggambaran video muzik lagu terbabit sudah pun disempurnakan. Malah, dia dan kumpulan itu kini hanya membilang hari menunggu tarikh pelancaran yang dijangkakan sama ada awal Disember atau permulaan tahun 2020.

Sementara itu, Haneesya kini sibuk membuat persediaan sebagai peserta sebuah pertandingan realiti pencarian model professional. Dia bersama dua lagi wakil Malaysia bakal bersaing dengan peserta dari Indonesia, Thailand, Myanmar, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan India. – Agensi

Haneesya turut memaklumkan, kerja rakaman dan penggambaran video muzik lagu terbabit sudah pun disempurnakan. – Agensi