Rakan artis dedah rahsia Mak Mah kekal sihat

Pelakon Zarina Zainuddin melahirkan rasa kagum dengan artis veteran, Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana kesihatan dan tenaganya yang kuat walaupun sudah lanjut usia.

Menurut Zarina, dia tidak pernah melihat Mak Mah mengambil sebarang ubat-ubatan sepanjang tiga bulan menjalani penggambaran bersama pelakon veteran itu sebelum ini.

“Alhamdulillah, umur Mak Mah 74 tahun tapi sihat, kuat bertenaga tak ada sebarang penyakit.

“Sepanjang penggambaran tiga bulan dengannya, tidak pernah nampak dia makan ubat macam orang-orang tua yang lain,” tulisnya.

Selain itu Zarina, 49, turut memuji Mak Mah yang tidak mempunyai pantang larang dalam pemakanan.

Bagaimanapun, pelakon drama Tari Tirana ini berkata Mak Mah mengamalkan meminum air masak berbanding minuman manis.

“Dia makan semua cuma dia tak minum air kopi, teh atau milo… dia kata dia tak reti.

“Dia minum air oren, itu pun sikit saja selebihnya minum air masak,” katanya. – Agensi