Thursday, February 9, 2023
26.1 C
Brunei

-

Rakan bantu biaya konsert Pretty Ugly

Tanpa teman yang bermurah hati menghulurkan wang, mana mungkin band popular, Pretty Ugly mampu mementaskan konsert bagi meraikan ulang tahun ke-21 kumpulan itu.

Tidak hairanlah, kemuliaan hati rakan mengundang hiba dalam hati anggota kumpulan yang dibarisi Neves selaku vokalis, Jay (gitar) dan Juad (bes). Ditemui pada majlis sidang media mengumumkan Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary di ibu negara, baru-baru ini, Neves berkata, konsert itu dirancang selepas melihat banyak band dan penyanyi mengadakan persembahan terbuka, akhir-akhir ini.

“Disebabkan tiada pihak sudi menganjurkan konsert ini, kami nekad cari modal sendiri.

“Apa yang membuatkan kami sebak apabila melihat kemuliaan hati rakan-rakan yang sanggup mendahulukan wang semata-mata ingin melihat konsert ini direalisasikan.

“Pretty Ugly sudah lebih 20 tahun dalam industri tetapi kami belum pernah mengadakan konsert solo. Jika tidak dianjurkan sekarang, kami tidak pasti bila dapat melakukannya.

“Kami bertuah kerana selain bantuan kewangan, ada rakan-rakan bermurah hati menaja barangan seperti sistem bunyi, dram, gitar dan sebagainya. Betul-betul tak sangka,” katanya. – Agensi

Pretty Ugly mengundang kumpulan ‘indie’, Late Night Frequency dan Banyak Bunyik Republik dalam Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -