Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rakan dan peminat puji penampilan Lufya

    Pelakon dan penyanyi jelita, Lutfyah Sheikh Omar atau lebih dikenali sebagai Lufya Omar, kini semakin mendapat perhatian ramai di media sosial dengan transformasi yang tidak disangkakan.

    Menerusi muatnaik terkini Lufya di Instagramnya, ibu tunggal yang hebat ini tidak menyangka baju bersaiz yang dipakainya kelihatan longgar dan mendedahkan semenjak dari zaman anak dara lagi Lufya hanya memakai pakaian bersaiz M dan bukannya saiz S.

    Dalam penulisannya, Lufya mengucapkan terima kasih kepada Dr Mustafa Mohammed Tahir kerana membantunya menurunkan berat badan mengikut nasihat yang diberikan.

    “Orang kata Fya dah kurus gila! Yeke? Tapi terkejut juga lah pakai baju @leeyanarahman.co yang cantik ni saiz S pun longgar. Masa anak dara pun pakai saiz M. Memang tak pernah dapat figura macam ni. Terima kasih Pak long @dr.mustafamt untuk nasihat dia. Saya hilang 25 kilogram sayang.. Alhamdulillah” tulisnya.

    Melihat penampilan terkini Lufya yang semakin kurus dan jelita mencuri tumpuan orang ramai termasuklah dikalangan selebriti dan peminatnya. Masing-masing memberi komen dengan memuji Lufya kini semakin langsing dan cantik.

    Lufya kelihatan semakin berseri, ceria dan langsing setelah menjalani pembedahan bariatrik dilakukan oleh Dr Mustafa Mohammed Tahir pada tahun lepas. – Agensi

    Lufya Omar, kini semakin mendapat perhatian ramai di media sosial dengan transformasi yang tidak disangkakan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...