Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Orang ramai akan berpeluang untuk menyaksikan pelbagai produk dan perkhidmatan menarik, inovatif serta canggih yang akan dipamerkan oleh peserta-peserta Pesta Pengguna ke-20 yang bakal kembali menemui orang ramai selama lima hari bermula 24 hingga 28 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, nanti.
Pesta pengguna ke-20 yang merupakan acara yang terus mendapat sambutan amat menggalakkan bukan sahaja daripada pengunjung dalam negeri tetapi juga luar negara, kini mengetengahkan tema Remembering the Past, Celebrating the Present and Envisioning the Future, di mana semasa pesta pengguna itu, terdapat sebuah kedai vintaj berinspirasikan kedai 90-an yang akan membawa para pelanggan mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka melalui kegiatan permainan yang diadakan.
Sehubungan dengan itu, D’Sunlit Sdn Bhd telah menandatangani perjanjan bersama rakan kongsi Pesta Pengguna ke-20 iaitu Penerbangan Diraja Brunei (RB), DST, KRISTALfm dan Ranoadidas yang berlangsung di Starbucks Beribi, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)