MAUNGDAW, Myanmar, 25 Ogos – Sekurang-kurangnya 71 orang, termasuk 12 anggota keselamatan terbunuh ketika pemberontak Rohingya menyerang pos sempadan di negeri utara Rakhine, pihak berkuasa Myanmar mengatakan hari ini – keganasan terburuk dalam beberapa bulan yang melanda zon takat gelegak itu.
Negeri itu dibelenggu kebencian agama memfokuskan etnik minoriti Rohingya Muslim tidak bernegara, yang dicerca oleh kebanyakan penganut Buddha negara itu dan dianggap sebagai penghijrah haram.
Beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan ketegangan meningkat dengan pembunuhan harian dilakukan oleh kumpulan bayangan beroperasi dari kampung pedalaman, manakala tentera Myanmar sudah mengerahkan lebih banyak tentera ke kawasan itu, mencetuskan satu lagi pelarian besar-besaran baru.
Dalam beberapa jam hari ini, lebih daripada 20 pos kawalan polis diserang oleh kira-kira 150 pemberontak, sebahagiannya membawa senjata dan menggunakan bahan letupan buatan sendiri, menurut tentera Myanmar.
“Pertempuran masih berlaku di pos-pos polis di kampung Kyar Gaung Taung dan Nat Chaung. Tentera dan polis bertempur dengan pengganas ekstremis Benggali,” menurut tentera
‘Pengganas Benggali’ merupakan gelaran negara itu kepada pemberontak etnik Rohingya.
Pejabat pemimpin de facto, Aung San Suu Kyi mengatakan 12 pegawai keselamatan terbunuh bersama 59 orang pemberontak.
Di sebalik bertahun-tahun penindasan, etnik Rohingya sebahagian besarnya menghindari keganasan. Namun sebuah kumpulan muncul sebagai sebuah pasukan Oktober tahun lalu di bawah panji-panji Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) yang mendakwa mengetuai satu pemberontakan di pergunungan pedalaman May Yu bersempadan dengan Bangladesh. – AFP