Rakhmon dicalonkan sebagai presiden

DUSHANBE, TAJIKISTAN, 3 SEPT – Parti pemerintah Tajikistan mencalonkan pemimpin veteran, Emomali Rakhmon sebagai presiden hari ini ketika beliau berusaha untuk melanjutkan pemerintahannya hampir tiga dekad, kata media kerajaan.

Rakhmon meluasnya dijangka memenangi penggal baharu tujuh tahun pada 11 Oktober, mendapat peluang menjadi pemimpin pemerintah paling lama selepas Soviet. Beliau telah mentadbir negara Asia Tengah sejak 1992 dan memegang jawatan presiden sejak 1994.

Spekulasi bertebaran beberapa tahun kebelakangan yang Rakhmon, 67, akan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada ahli keluarganya, yang mana anak sulungnya dan datuk bandar Dushanbe, Rustam Emomali kemungkinan calonnya. – AFP