Rakitic akur terlepas sertai skuad Croatia

MADRID, 13 NOV – Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic (gambar bawah) dikeluarkan daripada skuad kebangsaan Croatia kerana kecederaan otot kaki, umum kelab itu hari ini.

Sehubungan itu, Rakitic terlepas perlawanan kelayakan Euro 2020 Croatia bertemu Slovakia yang dijadual pada awal pagi Ahad. Croatia berada di tangga teratas Kumpulan E dengan hanya dua mata dipisahkan Hungary yang berbaki satu lagi perlawanan.

Rakitic juga tidak dapat membuat penampilan dalam perlawanan amal Barcelona menentang Cartagena awal pagi esok bersama Jordi Alba dan Nelson Semedo yang bergelut dengan hamstring dan masalah betis. Gerard Pique, Ousmane Dembele dan Sergi Roberto dinamakan bersama skuad remaja untuk perlawanan persahabatan itu yang bakal menyaksikan hasil tiket didermakan kepada mangsa banjir sekitar Cartagena. – AFP