Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Rakyat Afghanistan masih bergelut selepas setahun pemerintahan Taliban

    KUALA LUMPUR, 18 OGOS – Meskipun tidak lagi diancam peperangan, rakyat Afghanistan masih bergelut untuk meneruskan kehidupan akibat sokongan perubatan yang tidak mencukupi, sistem perbankan yang lumpuh dan kekurangan peluang pekerjaan akibat peperangan yang telah berlangsung selama beberapa dekad.

    Pengarah Serantau Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi Asia dan Pasifik, Christine Cipolla, mengimbau kembali kunjungannya ke Afghanistan hampir setahun lalu, berkata beliau masih ingat dengan jelas sistem perubatan yang hampir lumpuh ketika itu.

    “Kakitangan perubatan yang bekerja penuh dedikasi tidak dibayar selama berbulan-bulan, manakala ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan untuk penjagaan kesihatan berkualiti tidak tersedia.

    “Hanya sebilangan go-longan ibu dan wanita hamil menerima rawatan secukupnya di negara yang mencatatkan kadar kematian ibu tertinggi di dunia, dengan anggaran 638 wanita mati bagi setiap 100,000 kelahiran.

    “ICRC mengambil langkah segera dengan menghulurkan sokongan kepada 33 hospital besar di seluruh negara pada November 2021, demi menyelamatkan nyawa dan memastikan kemudahan kesihatan terus beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan yang disediakan ICRC kepada Bernama.

    Taliban berjaya menguasai semula Afghanistan pada 15 Ogos 2021, dua dekad selepas disingkirkan oleh pakatan tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...