Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Angola keluar mengundi

    LUANDA, 23 Ogos – Penduduk Angola keluar mengundi hari ini dalam satu pilihan raya menandakan berakhirnya pemerintahan Presiden Jose Eduardo Dos Santos dengan parti MPLA miliknya dijangka mengekalkan kuasa meski satu krisis ekonomi.

    Parti MPLA yang telah memerintah sejak Angola mendapat kemerdekaan dari Portugal dalam 1975 dijangka akan menewaskan parti-parti lawan yang disekat oleh rejim pihak berkuasa Dos Santos.

    Persaraan Dos Santos yang tidak dijangka, dilaporkan disebabkan oleh kesihatan yang buruk telah mencetuskan peralihan politik terbesar dalam berdekad-dekad bagi Angola, peneraju pengeksport minyak Afrika.

    Pengganti pilihannya bagaimanapun adalah Menteri Pertahanan, Joao Lourenco, seorang yang taat setia dijangka mengelakkan perubahan segera dalam kerajaan yang sering dikritik melakukan korupsi dan kegagalannya dalam mengatasi kemiskinan.

    “Saya dalam keadaan tenang, saya akan kekal tenang di rumah menunggu bagi rakan-rakan parti untuk memaklumkan saya keputusan-keputusan itu,” ujar Lourenco selepas mengundi di Luanda, menambah pilihan raya itu “berjalan lancar.”

    Jose Eduardo Dos Santos ketika membuang undinya di salah sebuah pusat mengundi di Angola. – AFP

    Pemerintahan jangka panjang Dos Santos telah menyaksikan berakhirnya perang saudara berdarah Angola yang berlaku dari tahun 1975 hingga 2002 dan satu ledakan pelaburan pasca-konflik ketika negara itu mengeksploitasi simpanan-simpanan minyaknya.

    Namun kebanjiran wang itu membawa manfaat kecil kepada golongan miskin Angola dan belanjawan kerajaan runtuh apabila harga-harga minyak jatuh dalam 2014.

    Inflasi menghempas 40 peratus pada akhir tahun lepas apabila pertumbuhan tahunan kurang daripada satu peratus.

    Lourenco, 63, telah berikrar untuk meningkatkan pelaburan asing dan berkata dia mahu untuk diiktiraf sebagai seseorang yang membawa satu “keajaiban ekonomi” ke Angola.

    Pada perhimpunan hujung minggu di depan ribuan penyokong parti MPLA, Dos Santos, 74, membuat penampilan seketika untuk menyokong Lourenco.

    “Dos Santos mengundur diri selepas pilihan raya ini disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan,” Alex Vines dari Dewan Chatham memberitahu AFP.

    “Lourenco merupakan pengganti yang ideal kepada Dos Santos. Dia sangat dihormati oleh tentera dan tidak mengamalkan kehidupan mewah seperti orang-orang lain.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda