Rakyat Chile undi perlembagaan baharu

SANTIAGO, 26 OKT – Penduduk Chile mengundi sebulat suara dalam referendum bersejarah semalam untuk mengganti perlembagaan era-pemerintahan diktator mereka, dilihat sebagai memperkukuhkan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang ketara dalam negara.

Keputusan tersebut mencetuskan sambutan meriah di seluruh ibu negara dan bandar lain selepas pengundi menghapus perlembagaan yang ditinggalkan oleh rejim diktator Ausgusto Pinochet pada 1973 hingga 1990.

Ribuan orang membanjiri jalan Santiago untuk meraikan kemenangan ke atas kempen ‘Kelulusan’ – sebanyak 78.28 peratus berbanding 21.72 dengan lebih 99 peratus undi dikira.

Mengiktiraf keputusan tersebut, Presiden Sebastian Pinera menggesa negara supaya bekerjasama untuk ‘satu perlembagaan baharu’ dalam ucapan yang disiarkan dari Istana Moneda serta dikelilingi oleh anggota kabinetnya.

“Plebisit ini bukan satu penghujung, ia merupakan permulaan satu haluan yang mesti kami harungi bersama untuk mencapai persetujuan mengenai perlembagaan baharu untuk Chile,” kata Pinera.

“Sehingga sekarang, perlembagaan telah memecah-belahkan kami. Mulai hari ini, kami mesti bekerjasama supaya perlembagaan baharu menjadi kerangka baharu perpaduan, kestabilan dan masa depan.” – AFP

Penunjuk perasaan yang menyokong pembaharuan perlembagaan Chile meraikan keputusan rasmi referendum di dataran Plaza Italia pada 25 Oktober. – AFP