Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Rakyat Denmark mula mengundi

    LONDON, 1 NOV – Pusat pengundian Denmark dibuka pada Selasa dalam pertembungan yang dilihat sengit dengan parti baharu berharap menguasai kerusi parlimen negara itu, lapor Agensi Anadolu.

    Tinjauan terbaharu menjelang pilihan raya menunjukkan ‘blok merah’ sayap kiri yang diketuai Demokrat Sosial pimpinan Mette Frederiksen memperoleh sokongan antara 47.1 hingga 49.1 peratus.

    Lawan utama mereka ‘blok biru’ terdiri daripada parti konservatif, liberal dan tiga parti populis diunjur memperoleh 40.9 hingga 43.6 peratus undian.

    Gesaan Frederiksen supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal sudah dijangkakan selepas parti pembangkang menuduh perdana menteri melanggar undang-undang apabila memutuskan untuk memusnahkan 17 juta populasi mink di negara itu kerana bimbang COVID-19 merebak di ladang.

    Musim berkempen kali ini adalah berbeza dengan isu imigresen bukan lagi tumpuan utama sebaliknya beralih kepada krisis tenaga, inflasi dan krisis makanan di tengah-tengah peperangan Rusia-Ukraine serta isu iklim dan penjagaan kesihatan.

    Undian bermula 8 pagi waktu tempatan dengan pusat pengundian dibuka selama 12 jam.

    Keputusan awal dijangka keluar pada 9:30 malam. – Bernama

    Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen dan suaminya Bo Rengberg berjalan selepas mengundi di pusat mengundi di dewan sukan Hareskovhallen di Vaerlose, berdekatan Copenhagen, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...