Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rakyat diseru ambil dos penggalak COVID-19

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Orang ramai adalah disarankan untuk mendapatkan dos penggalak sebagai langkah melindungi dan mengurangkan gejala apabila dijangkiti.

    Selain itu, mereka mestilah sentiasa mematuhi langkah SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan strategi yang ditetapkan oleh kerajaan di samping melaporkan apabila dijangkiti kepada Kementerian Kesihatan.

    Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Sementara Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui turut mengingatkan golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik juga adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak ini.

    Manakala ketika menjawab sama ada kes negara ini sama dengan negara luar yang mencatatkan lonjakan sejak varian Omicron dikesan, beliau menjelaskan kebanyakan jangkitan COVID-19 di negara ini pada masa ini adalah sama.

    Namun bagi mereka yang sebelum ini dijangkiti varian Delta, jika sudah lengkap dos dan penggalak, gejala yang dihadapi adalah ringan berbanding mereka yang tidak bervaksinasi.

    Sehubungan itu, jelasnya, orang ramai adalah diseru untuk mendapatkan dos penggalak di pusat-pusat vaksinasi setelah cukup tempoh tiga bulan dari dos kedua vaksin dan ianya boleh dibuat secara ‘walk in’.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...