Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Rakyat Filipina dihimpit kemiskinan akibat pandemik

    HANOI, 16 OGOS – Kira-kira 2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan antara 2018 dan 2021, menurut Penguasa Statistik Filipina (PSA).

    Bilangan penduduk yang hidup dalam kemiskinan pada 2021 meningkat kepada hampir 20 juta atau 18.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara berbanding 16.7 peratus pada 2018, dan melangkaui sasaran kerajaan sebanyak 15.5-17.5 peratus, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik laporan itu.

    Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Setiausaha Perancang Ekonomi Arsenio Balisacan bersedia untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 9 peratus menjelang 2028 – sasaran yang diyakini boleh dicapai meskipun inflasi meningkat.

    Balisacan berkata strategi kerajaan akan memberi tumpuan kepada membuka semula ekonomi sepenuhnya, melabur dalam sumber manusia dan perlindungan sosial, dan mengubah sektor pengeluaran untuk menjana lebih banyak pekerjaan yang berkualiti serta produk berdaya saing.

    Filipina boleh mengurangkan insiden kemiskinan sebanyak lima peratus pada pertengahan penggal, dan empat peratus lagi menjelang 2028, tegas beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...