Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Greece siap sedia mengundi

    ATHENS, 21 MEI – Kira-kira 9.8 juta rakyat Greece akan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada pilihan raya parlimen.

    Pemerhati menjangkakan pertarungan antara penyandang Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dari parti konservatif Nea Dimokratia (ND) dan ketua parti sayap kiri Syriza, Alexis Tsipras, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Menurut tinjauan pendapat, konservatif mendahului saingan dengan memperoleh kira-kira 35 peratus.

    Sebanyak 36 parti bertanding dalam pilihan raya kali ini. Pusat mengundi dibuka 7 pagi pada hari ini dan ditutup 12 jam kemudian.

    Keputusan awal dijangka diperoleh 8 malam.

    Bagaimanapun, keputusan kali ini bakal menyaksikan tiada parti dapat meraih lebih 50 peratus undi.

    Jika tiada persetujuan pakatan dicapai, pilihan raya penentu dijadual diadakan pada Julai. – Bernama

    Pemimpin parti Syriza, Alexis Tsipras (tengah) disambut oleh penyokong di luar stesen pengundian di Athens, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda