Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Rakyat Indonesia belanja AS$10.7 bilion dapatkan rawatan di luar negara

AKARTA, 6 MAC – Rakyat Indonesia membelanjakan 165 trilion rupiah (AS$10.7 bilion) setahun untuk rawatan perubatan di luar negara, khususnya Malaysia, kata Presiden Joko Widodo.

Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.

“Patutkah kita membiarkan ia berterusan seperti ini?” soalnya ketika berucap pada majlis perasmian hospital swasta baharu di Bandung, Jawa Barat.

Justeru, kerajaan akan menyokong sepenuhnya pembinaan lebih banyak hospital bertaraf antarabangsa bagi mengelakkan negara kehilangan sejumlah besar pertukaran asing, katanya.

Menurut kenyataan Pejabat Sekretariat Kabinet, Jokowi menggesa kementerian kesihatan dan pendidikan untuk menyelesaikan masalah kekurangan doktor pakar bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan.

Peralatan perubatan mencukupi dan kemudahan fizikal yang sempurna menjadi faktor utama bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -